Saturday 29 December 2012

Salah Sangka & Tak Tersangka

Salah sangka & tak tersangka. Bende yang memang selalu jadi dalam kehidupan kita. Selalunya salah sangka terhasil dari tuduhan dari mulut ke mulut. Kira macam tuduhan atas angin la. Tak tersangka tu pulak apabila sesuatu yang kita sangkakan terjadi tak berlaku.

Tapi ada macam2 definition la untuk dua2 bende alah tu. Bila tiba bab salah sangka ni teringat pulak zaman sekolah menengah aku dulu. Aku tak tahu la dari mana datangnya cerita tu, tup tup aku terdengar orang kata aku ni playboy. Hah!? Memang terkejut la jugak dengar cerita tu. Aku ni nak kata pandai bergaul dengan perempuan memang tak lah kecuali bila aku dah kenal dia, dia dah kenal aku. Mungkin sebab aku layan perempuan macam takde apa2 kot. Mungkin.

Kalau nak di ikutkan lah, selalunya aku layan perempuan sama je macam aku layan lelaki. Jadi memang ada kasar sikit la. Maksud aku dalam perbualan. Jangan fikir bukan2. 

Tiba pulak bab tak tersangka ni, haa ..itulah dia. Salah satu perangai yang aku masih lagi payah nak control sampai sekarang. Cakap lepas. Bila dia punya fiil tu sampai,memang aku cakap lepas je tak fikir apa lagi dah. Apa dia punya effect kat perasaan orang tu, apa yang orang tu fikir pasal aku ..memang tak fikir bende tu.

Dan sebab sikap yg suka cakap lepas tu lah seorang kawan yg baik benci aku. Masa tu aku ter'taip' sesuatu yang menyakitkan hati dia. Waktu tu aku tak expect kalau aku 'taip' bende tu dia mengamuk. Sebab sebelum ni aku ada juga buat bende tu tapi mungkin tak seteruk sampai dia mengamuk gila. Sebelum ni dia macam tak kisah je aku ejek dia(niat di hati memang untuk bergurau), jadi aku assume kan yang dia tak peduli tentang hal2 tu.

Rupanya baru aku tahu yg dia memang langsung tak suka hal tu. Dan aku langsung tak tahu menahu pasal hal tu! Tak fikir panjang time tu jugak aku minta maaf. Sampai sekarang tak ada apa2 balasan. Aku tanya mak aku mcm mana nak pujuk hati sorang perempuan ni(sebab aku cetek ilmu pasal hati perempuan). Dia kata biarkanlah. Perempuan kalau dia tengah marah lebih baik jangan kacau. Aku ikut jela cakap mak aku. Apa2 hal pun, sekarang ni cuma berharap yang dia maafkan aku. Itu saja doa aku. Amiin.

Friday 28 December 2012

Cuti Lepak Melukis Membaca

Dalam seminggu dua ni, kerja aku tak lain tak bukan duk memerap jelah kat rumah ni. Bukan taknak cari keje tapi cuti yang ada ni pun kejap je.

Kat rumah pun keje yang dibuat melukis membaca melukis membaca melukis membaca. Pastu lepak kat luar jalan-jalan. Lepas ni mungkin aku akan update lukisan terbaru aku. 

Mungkin.

Tengok lah dulu macam mana keadaannya nanti. Sebelum ni aku ada tunjukkan cara lukis wajah perempuan kan? Nanti aku tunjuk pula cara nak lukis wajah lelaki.

Check it out!

Wednesday 12 December 2012

Gathering geng2 Lomo

16/12/2012, 4 hari lagi. In Shaa Allah aku pergi ke gathering geng2 yg bermain kamera filem nih kat Dataran Merdeka.

Wuhuu~ Perasaan yg sgt best. Sebab ni kali pertama aku akan pergi ke gathering geng2 ni buat. Sebelum ni mmg byk event geng2 ni buat tapi aku tak boleh pergi sebab jadual belajar punya pasal lah.

Lomomatrik 2.0 namanya. Sejak aku main kamera filem ni, ni la kali pertama aku akan pergi sana. Mula2 aku ingat tak nak pergi. Sebab aku tak tahu menahu langsung pasal jalan kt KL ni! Serius tak tipu! Nasib baik la aku ada sorang kawan yg nak pergi jugak event tu. Kalau tak, mmg tak pergi la jawabnya.

Nama dia Mustakim. Sama cm nama aku. Dia  dari Johor aku dari Melaka. Nasib baik la skrg semua bas dari selatan pergi ke TBS. Bole la salah sorang dari kami tggu kt TBS tu.

Berbekalkan the one and only(right now), my beloved camera, Canon AE-1 dan stok2 filem yg ada, Lomomatrik ...WAIT FOR ME!!

Monday 10 December 2012

Cara aku melukis muka. (Anime style)

Aku mmg jenis minat melukis. Sejak kecik lagi. Tapi tak tahu cara melukis yg betul. So, aku pun belajarlah dari youtube.

So sekarang aku na ajar korang pulak mcm mana na melukis muka orang ala-ala anime gitu.

First aku buat bentuk bulat. Boleh tengok gambar. Then, aku lukis pulak mata. Mata tu terpulang pada korang nak lukis mcm mana. Nak buat mata marah ke, sedih ke, teruja ke ..terpulang. 

Sama jugak dengan bentuk muka, samada korang na buat muka petak, muka bulat, segi tiga ..pun sama, terpulang.

Untuk rambut pulak, korang bole buat rambut kerinting, lurus, ikal mayang, panjang pendek mengikut kesukaan korang. 

And the last one, shading. Shading ni yg paling lama sekali aku belajar. Payah oo, sampai sekarang pun tak perfect lagi.

Tapi ada 1 perkara yg paling penting dalam melukis. Imaginasi. Tanpa imaginasi, mmg payah kalau na menghasilkan lukisan yg betul2 menarik.

Sekian, Assalamualaikum.

Perangai manusia

Aku mmg seorang yg suka lihat sekeliling. Tak kira la alam ke haiwan ke manusia ke. Aku mmg suka lihat & perhati. Dan yg paling aku suka sekali perhati of course la human habits. Perangai manusia.

Sekarang ni aku tengah cerita pasal kita. Ya, kita ..manusia. Dalam banyak2 bende kt dunia ni, perangai manusialah yg paling aku suka perhati. Sebab apa? Sebab sukar dijangka . :) Betulkan ..haha.

Tapi ada 1 perkara yg aku perasan, apa2 makhluk sekalipun kt dunia ni, semua mempunyai 1 sifat yg sama. Sifat ingin tahu. Tak caya? kau perhatilah sendiri kalau nak tahu betul ke tak.

Tapi itulah, kadang kala sifat ingin tahu yg membuak-buak tu buatkan kita buat bende yg tak sepatutnya. Contoh paling mudah, DADAH. Sendiri mahu ingatlah.

Bukan nak kata sifat tu tak bagus, bagus apa. Kalau tak memang bodoh memanjang je la kita kat dunia ni. Cuma gunakan sifat tu sekali dengan akal fikiran. Gunanya akal fikiran tu untuk kita membezakan mana yg baik mana yg buruk. Kalaulah kita ni takde akal, mcm biasalah, bodoh je memanjang.

Sambung balik pasal perangai manusia tadi, itulah yg membuatkan dunia ni berwarna-warni. Kalaulah kita boleh jangka perangai dia, dia boleh jangka perangai kita ...apa seronoknya hidup ni? Apa gunanya sifat ingin tahu tu? Haha. So, janganlah merungut. Mengurut boleh. 

Sekian, Assalamualaikum :)
 

Saturday 8 December 2012

Apa itu manga? Apa itu anime?

Ramai yang dah tahu manga itu apa, anime itu apa tapi kenapa ianya disebut sebagai manga/anime?

Untuk pengetahuan korang, manga merupakan gelaran bagi komik di jepun. Anime pula gelaran kartun di jepun. 

Tetapi bagi peminat manga dan anime mcm aku ni, sememangnya tahu apa perbezaan manga & komik , anime & kartun.

Perbezaannya adalah kelompok. Manga adalah untuk kelompok komik di asia(khususnya Jepun & Korea) manakala komik untuk kelompok di eropah/barat.

Sama juga halnya bagi anime dan kartun. 

Mcm komik, manga pun ada pengkelasan :
*Manga untuk lelaki disebut Shonen.
*Perempuan pula Shoujo.

Ada jugak sesetengah manga yg menggunakan plot yg sama tetapi ending berbeza. Biasanya direka oleh peminat manga yg tak puas hati dengan ending manga tersebut. Ianya disebut Doujinshi.

Selalunya manga yg top akan dijadikan anime. Contohnya mcm One Piece, Naruto, Bleach, Toriko, Fullmetal Alchemist dan Fairy Tail.

Ramai jugak tanya aku kenapalah aku suka sangat baca manga & anime. Jawapannya sebab plot cerita manga lebih menarik dr komik kt Malaysia ni & jugak lukisan mangaka. Banyak lawa oo..haha. 

p/s: Bacalah manga, seronok oo.
 

Friday 7 December 2012

Percutian ke Gunung Berinchang & Gunung Irau (Part 2)

Pagi tu, 2/12/2012, selepas selesai mengemas apa yg patut, kami semua pun mulakan pendakian ke Gunung Irau. Mula2 dia punya trek biasa je tp lepas 500 meter, dia punya trek ..humaaih, menjunam kau. 

 Permulaan trek yg biasa2 je. Semua punya pakaian mcm nak pergi jalan2 je.


Tau2 je la, lepas hujan. Selut dia kemain tebal lagi.


Sebelum sampai ke Mini Irau. Jalan makin lama makin serabut.

Tapi itulah, belum sempat sampai ke puncak Gunung Irau. Hujan pulak turun. Memang hari tu serabut akal serabut otak serabut kepala. Frust jugaklah sebab tak sampai puncak dia lagi. Cuma sorang je kawan aku dpt sampai puncak, Aus namanya. Gila kentang bai, hujan pun dia redah je. Kami semua tak pergi sebab hujan punya pasal. 

Wednesday 5 December 2012

Percutian ke Gunung Berinchang & Gunung Irau (Part 1)

Habis je final exam, semua kawan2 aku dah tak sabar2 dah. Nak tahu kenapa? Sebab kami akan pergi bercuti ke Gunung Berinchang and Gunung Irau!

Masa tu memang semua just tunggu duit MARA masuk(terima kasih MARA). Masa tu 28/11/2012. Masa duit MARA masuk. Apa lagi, semua pun bersiap la beli apa yang patut, sediakan apa yg patut.

Otw ke cameron dari Lumut, hujan renyai2. Memang sejuk gila. belum sampai cameron lagi. Dalam perjalanan, kami lalu di kawasan berkabus. Tahu2 je la, lepas hujan, kabus dia Ya Allah, tebal bai. Tapi aku tak sempat snap gambar. View kt situ memang lawa. Terpegun sekejap aku tengok.

Dalam masa 3 jam, kami semua sampai cameron. Kat sana kami berhenti sekejap beli apa yg patut and then straight naik Gunung Berinchang. Kami pun siapkanlah apa yg patut kt sana. Tapi malangnya, malam tu hujan. Sejuk dia tu toksah cakaplah. Macam dalam peti ais. Malam pun tak sempat gambar sebab hujan. 

Pagi2 lagi aku dah bangun, tunggu sunrise. Hujan pun dah berhenti masa tu. Aku pun ajak lah kawan2 aku yg dah bangun pergi panjat menara kt situ. Dan nilah gambar dia..

 Subhanallah, Allahuakbar. Memang lawa. Lawa yg amat. Apa lagi, aku dan kawan2 aku pun amik kesempatan untuk menangkap gambar. Dan inilah hasilnya....







2 jam lepas tuh, bermulalah perjalanan kami menaiki Gunung Irau, Gunung berlumut. (Sambung dalam part 2)

Saturday 1 December 2012

Things that make someone like you

My english is bad, I know that but I just hope you understand. I just got some interesting book. How To Get A Friends and Influence Someone. An interesting title that attracted me to bought it. 

It help us on how to communicate with other people where it was indeed one of the hardest thing in the world. One of them is SMILE. 

Yes it is, SMILE! So hard to believe but it's true! 

Do it, just do it! Try it!

It was an easy way to get a good first impressions. Even if that time you got moody or having a bad day, try to smile because 'feeling born from action'.

Have you ever look into a baby when you got a bad day or whatsoever, and see their smiling face? What did you do? 

Smile of course! Because a baby's smile is the most honest in the world. Same thing goes when you meet your friends. If you smile, they will smile too and this kind of action will make you happy and shine your day.

Just remember this one golden word, SMILE!

Dunia yang warna-warni

Pandangan aku melalui lensa kamera lama. Lomography. How can you expect the world can be such a colourful one?




Gambar yang hanya ditangkap menggunakan kamera plastik berharga RM100. Superheadz UWS boleh menghasilkan gambar macam ni. Memang a little bit high contrast and saturation but I Love It ! Ni dia kamera nya...





Dengan menggunakan filem Agfa Ct Precisa 100 and Kodak Elitechrome EBX.





Haa, amacam? Ada rasa nak try guna tak? Hahaha

 

Dunia Lomography and Analogue Camera

Alright, first of all..aku cuma nak cakap yang aku ni masih lagi mentah. Masih lagi tak ditanak dengan sempurna untuk penulisan blog ni. Ini pun post pertama aku setelah sekian lama aku biarkan blog aku ni tak tersentuh.

Aku mula minat bidang fotography ni sejak aku mula habis belajar. Tapi masa tu minat tu cuma minat gitu-gitu jela. Sampai lah aku masuk U. Kat U ni, aku ada sorang kawan yang pakai kamera dslr. Nikon D90 tak silap aku. Kat situ lah tercetus minat yang betul2 tak dalam mana kt dunia foto ni. 

Tapi apakan daya, na beli dslr tu bukannya murah. Paling cikai pun RM1k ke atas. Hasrat nak main foto ni pun aku pendam je. Lalu dengan tiba2 nya, (takde lah tiba2 sangat) ..ada pulak sorang kawan aku ni main kamera pakai filem. Aku jadi syok lah sebab aku tak pernah pakai filem dan first time aku nampak gambar filem sebijik macam dslr. 

Memang fuh gila. Murah pun murah. So, dari situ lah bermulanya penceburan diri aku terhadap LOMOGRAPHY and ANOLOGUE CAMERA. Bidang ni memang buat aku gian nak menangkap gambar. Syok pun syok. Haha.

Selepas ni maybe aku akan buat blog aku ni untuk aku berkongsi hasil tangkapan gambar aku menggunakan kamera kesayangan aku, Canon AE-1.