Saturday 1 December 2012

Dunia Lomography and Analogue Camera

Alright, first of all..aku cuma nak cakap yang aku ni masih lagi mentah. Masih lagi tak ditanak dengan sempurna untuk penulisan blog ni. Ini pun post pertama aku setelah sekian lama aku biarkan blog aku ni tak tersentuh.

Aku mula minat bidang fotography ni sejak aku mula habis belajar. Tapi masa tu minat tu cuma minat gitu-gitu jela. Sampai lah aku masuk U. Kat U ni, aku ada sorang kawan yang pakai kamera dslr. Nikon D90 tak silap aku. Kat situ lah tercetus minat yang betul2 tak dalam mana kt dunia foto ni. 

Tapi apakan daya, na beli dslr tu bukannya murah. Paling cikai pun RM1k ke atas. Hasrat nak main foto ni pun aku pendam je. Lalu dengan tiba2 nya, (takde lah tiba2 sangat) ..ada pulak sorang kawan aku ni main kamera pakai filem. Aku jadi syok lah sebab aku tak pernah pakai filem dan first time aku nampak gambar filem sebijik macam dslr. 

Memang fuh gila. Murah pun murah. So, dari situ lah bermulanya penceburan diri aku terhadap LOMOGRAPHY and ANOLOGUE CAMERA. Bidang ni memang buat aku gian nak menangkap gambar. Syok pun syok. Haha.

Selepas ni maybe aku akan buat blog aku ni untuk aku berkongsi hasil tangkapan gambar aku menggunakan kamera kesayangan aku, Canon AE-1. 

   

No comments:

Post a Comment