Monday 10 December 2012

Perangai manusia

Aku mmg seorang yg suka lihat sekeliling. Tak kira la alam ke haiwan ke manusia ke. Aku mmg suka lihat & perhati. Dan yg paling aku suka sekali perhati of course la human habits. Perangai manusia.

Sekarang ni aku tengah cerita pasal kita. Ya, kita ..manusia. Dalam banyak2 bende kt dunia ni, perangai manusialah yg paling aku suka perhati. Sebab apa? Sebab sukar dijangka . :) Betulkan ..haha.

Tapi ada 1 perkara yg aku perasan, apa2 makhluk sekalipun kt dunia ni, semua mempunyai 1 sifat yg sama. Sifat ingin tahu. Tak caya? kau perhatilah sendiri kalau nak tahu betul ke tak.

Tapi itulah, kadang kala sifat ingin tahu yg membuak-buak tu buatkan kita buat bende yg tak sepatutnya. Contoh paling mudah, DADAH. Sendiri mahu ingatlah.

Bukan nak kata sifat tu tak bagus, bagus apa. Kalau tak memang bodoh memanjang je la kita kat dunia ni. Cuma gunakan sifat tu sekali dengan akal fikiran. Gunanya akal fikiran tu untuk kita membezakan mana yg baik mana yg buruk. Kalaulah kita ni takde akal, mcm biasalah, bodoh je memanjang.

Sambung balik pasal perangai manusia tadi, itulah yg membuatkan dunia ni berwarna-warni. Kalaulah kita boleh jangka perangai dia, dia boleh jangka perangai kita ...apa seronoknya hidup ni? Apa gunanya sifat ingin tahu tu? Haha. So, janganlah merungut. Mengurut boleh. 

Sekian, Assalamualaikum :)
 

No comments:

Post a Comment